Membangun, menulis dan melaksanakan P&P HR yang praktikal, patuh undang-undang, dan mudah difahami di semua peringkat organisasi.
Sama ada anda pengamal HR bertauliah atau pemilik perniagaan yang sedang double up sebagai HR, program ini dibina untuk peringkat tanggungjawab yang berbeza dalam organisasi.
Ramai organisasi masih bergantung kepada polisi HR yang usang, tidak selaras dengan Akta Kerja terkini, atau terlalu rumit untuk difahami oleh pekerja di lapangan. Apabila berlaku pertikaian — salah laku, prestasi lemah, atau tuntutan pemecatan tanpa sebab munasabah — organisasi yang tiada dokumentasi P&P yang kukuh berada dalam kedudukan terdedah.
Bengkel dua hari ini membawa pengamal HR dan pengurus barisan hadapan melalui satu proses lengkap: daripada membina, menulis, sehingga melaksanakan P&P HR yang benar-benar dipatuhi di seluruh organisasi.
Berpengalaman di peringkat eksekutif dan pengurusan Sumber Manusia di syarikat tempatan dan antarabangsa seperti COMPAQ, Al-Rajhi Bank, CELCOM dan Labuan FSA. Banyak mengendalikan kursus Manpower Audit & Right Sizing, HR Audit, dan Job Analysis & Evaluation, serta terlibat dalam pembangunan HRMIS.
Setiap modul dibina secara berturutan — daripada asas tanggungjawab, penulisan, pelaksanaan, sehingga latihan praktikal.
Profess Academy — powered by Skillsoft. Teruskan pembelajaran anda dengan akses penuh ke perpustakaan kursus antarabangsa Skillsoft selama 3 bulan, tanpa kos tambahan.
Lebih 25 tahun pengalaman eksekutif membawa pendekatan yang praktikal dan boleh dilaksanakan segera — bukan sekadar teori di atas kertas.
Lengkapkan borang di bawah. Pasukan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempat dan pemprosesan pembayaran / geran HRD Corp.